Sabtu, 14 Ogos 2010
YB GOBALA ANJUR BUKA POSA
Mungkin beliau mendapat nasihat dari puak-puak pas yang memang bijak berbicara untuk menganjurkan apajua yang boleh mendatang faedah. Persoalannya, adakah puak pas ni dah kehabisan modal dan sanggup membawa masuk orang india untuk berbuka bersama-sama orang mukmin yang berposa.
Masjid kelang lama ini dah tak sensitif dengan keadaan semasa termasuk untuk memperkukuhkan ukwah sesama umat dan sanggup menggunakan orang lain demi kepenting politik.
Cuba pi tengok , batu nisan dibelakang masjid tu pun dah di cat hijau.....
Jumaat, 28 Mei 2010
SATU LAGI ADUN UMNO HILANG ?
Selasa, 25 Mei 2010
PENYOKONG PAS BUKAN ISLAM DAH MULA BUAT TUNTUTAN
Menurutnya, ia kerana perkara tersebut akan diperincikan Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Agung parti bulan depan. "Oleh itu, kita minta mereka (bukan Islam) jangan terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan sebelum ianya diperjelaskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya di sini hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw, bahawa penyokong Pas bukan Islam mahu dipercepatkan kelayakan mengundi dalam parti. Abdul Fatah juga menasihatkan ahli baru parti supaya memahami budaya Pas yang tidak mudah menerima sesuatu pandangan atas dasar mendesak. - Bernama
Khamis, 20 Mei 2010
TAKPAYAH BUBAR DUN
Rabu, 19 Mei 2010
KHTP: Exco Kedah syok sendiri
Menurutnya, kerajaan negeri perlu memberikan butiran terperinci bagi menyokong dakwaan mereka bahawa pelaburan di KHTP telah meningkat sejak pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negeri ini.
''Kerajaan negeri perlu menghebahkan nama pelabur baru itu dan jumlah pelaburan yang dibuat jika benar pelaburan di KHTP telah meningkat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Malah beliau juga mahu kerajaan negeri menjelaskan sama ada benar atau tidak Fuji Electric, antara pelabur utama di KHTP telah memindahkan operasinya ke Filipina sehingga menyebabkan 2,000 pekerja kehilangan pekerjaan.
Beliau yang pernah memegang portfolio industri berkata, jika peningkatan pelaburan itu merujuk kepada First Solar Inc., ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh pakatan pembangkang kerana syarikat itu membuat pelaburan semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Kedah.
"Semasa itu First Solar telah membuat akujanji akan menambah pelaburan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh beberapa tahun," ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap dakwaan kerajaan negeri bahawa tiada pekerja di Intel Inc. (Intel) diberhentikan ekoran penutupan unit pembangunan, pengujian dan pemasangannya di KHTP.
Penafian itu dibuat oleh Amiruddin yang juga Pengerusi Industri dan Pelaburan, Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknolgi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri semalam sambil memberitahu, Intel telah memberi jaminan tiada pekerja yang akan diberhentikan ekoran pemindahan unit itu ke Amerika Syarikat (AS).
Beliau juga mendakwa, jumlah pelaburan di KHTP juga meningkat dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.529 billion sehingga Februari lalu.
"Sehingga hari ini, tiada kilang menutup operasi mereka atau keluar daripada KHTP. Masih ada kira-kira 50 buah kilang menjalankan operasi harian mereka seperti biasa di KHTP," kata Amiruddin.
Itt Chew juga meminta Amiruddin memberitahu jumlah terkini pekerja di KHTP memandangkan taman industri itu pernah mempunyai 23,000 orang pekerja dengan separuh daripadanya adalah profesional seperti jurutera.
Isnin, 17 Mei 2010
PAS JANGAN SALAHKAN PKR
BUBAR DUN KEDAH....sekadar gimik
CINA TERIMA KONSEP NEGARA ISLAM?
KUALA LUMPUR 17 Mei - Kemenangan DAP pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu semalam membuktikan masyarakat Cina di negara ini tidak takut dengan konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, walaupun Barisan Nasional (BN) cuba mempengaruhi pengundi Cina di Sibu dengan isu negara Islam baru-baru ini, kemenangan tetap berpihak kepada pembangkang.
"Kemenangan (di Sibu) membuktikan orang Cina sudah tidak takut lagi dengan konsep negara Islam.
Ahad, 16 Mei 2010
DAP DAH MENANG PRK SIBU
Jumaat, 14 Mei 2010
GOBALA GUNA TALIAN HAYAT
PAS DAH TAK PECAYA DENGAN PKR KEDAH
Lompat:
PAS Kedah akan memanggil tiga exco kerajaan negeri dari PKR dan seorang ADUN DAP, untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tersebar luar kononnya mereka akan melompat meninggalkan Pakatan Rakyat.
Tiga exco PKR itu S Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau, Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim). Manakala ADUN DAP itu pula ialah Lee Guan Aik. Mereka akan diminta memberi penjelasan dalam satu majlis ceramah anjuran PAS negeri - bertajuk "DUN Kedah Bubar?" - di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, jam 9 malam 22 Mei depan.Setiausaha PAS negeri, Muhamad Yusof Husin berkata mereka diminta memberi penjelasan tersebut supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka."Kita mengakui rakyat berada dalam kegelisahan dengan keadaan dan senario politik yang berlaku di negeri ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam. Baca disini
Sebenarnya PAS terpaksa menjaga hati dengan melantik 3 ADUN PKR sebagai EXCO. Begitu juga wakil tunggal DAP juga dilantik sebagai EXCO. Dengan perlantikan ini, DS Azizan berharap akan ada kerjasama yang baik dari adun-adun ini, malangnya desas-desus melompat parti kian parah dalam politik negeri kedah. Bagaimana dengan adun-adun PAS yang lain, tak kecil hati ke...
Selasa, 11 Mei 2010
BUBAR DUN KEDAH
Laporan mengenai pembubaran DUN Kedah saya akan siarkan sebelah pagi esok.Antara kandungannya ialahMB Kedah dijangka menghadap Sultan Kedah pagi esok (rabu) sebelum mesyuarat exco dan dijangka membincangkan mengenai pembubaran dun.
JOHARI DAKWA MIC BOHONG -SAPA BOHONG SAPA
Johari dakwa MIC bohong
LUNAS - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat, Datuk Johari Abdul menyifatkan program penyerahan borang keahlian baru yang didakwa melibatkan 1,700 ahli parti itu melompat kepada MIC di Paya Besar, semalam adalah penipuan besar Barisan Nasional (BN). Menurutnya, daripada 480 yang hadir, hanya kira-kira 50 orang penduduk tempatan, Beliau mendakwa, MIC yang ketandusan penyokong sanggup melakukan apa sahaja untuk melonjakkan nama parti itu. “BN jangan buat lawak. Majlis yang diadakan di Paya Besar adalah majlis Malam Kebudayaan Bersama Rakyat. Sinar harian.
sempat juga ada orang yang mengira jumlah yang hadir seramai 480 orang, penduduk tempatan ada 50 orang saja. Memang betui kiraan tu? Dari mana angka yang dia dapat jumlah kehadiran tu? Tak kiralah berapa yang hadir , tapi yang pastinya yang keluar PKR tu memang ramai dan menyertai MIC. Ini adalah petanda masyarakat india dah bosan dengan kepimpinan PKR, tak caya cuba tanya Kuttu Raja..
Ahad, 2 Mei 2010
Isnin, 26 April 2010
MENGAPA TERJADI
Isnin, 19 April 2010
AZIZAN - BUBAR DUN JIKA RAMAI ADUN KELUAR PARTI
Ahad, 18 April 2010
GAH-PRESIDEN PKR RASMI PUSAT KHIDMAT KULIM
Presiden datang dari jauh semata-mata untuk merasmikan Pusat Khidmat Wanita PKR Kulim-Bandar Baru. Antara yang hadir, termasuk wakil YB Ustazah Aisyah, EXCO Negeri Kedah mewakili PAS.
Di mana pula YB Tan Chow Kang yang baru dilantik sebagai EXCO. YB Manikumar, yang juga wakil PKR untuk bersama dengan Presiden parti.
Dan yang menyedihkan lagi tak berapa kerat penyokong PKR yang hadir, bagi menyambut Presiden parti yang mungkin nampak gembira atas sokongan para penyokong-penyokongnya MESTI BACA
Catatan : Anak Kulim
Sabtu, 17 April 2010
MANIKUMAR PUN KATA ADA PARASIT
Apa yang dinyatakan oleh Manikumar ini, mengakui wujudnya parasit dalam PKR. Maka beliau tidak hairanlah bilamana Tan Wei Shu meninggalkan parti dan mengisytiharkan sebagai ADUN Bebas. Jadi bertepatanlah dengan tindakan YB Radhzi ADUN Lunas yang telah mendahului rakan-rakan dalam PKR. Ada 3 wakil PKR dalam pentadbiran kerajaan Negeri Kedah hari. Apakan mereka juga dianaktirikan oleh kepimpinan PKR negeri. BACA DULU
Bagaimana perkhidmatan mereka untuk memenuhi janji semasa PRU12 yang lalu. Apakah terlaksana semua janji-janji ini? Atau sekadar satu hiburan kepada pengundi-pengundi. Tempoh yang ada ini, merupakan satu pilihan kepada mereka untuk memikirkan balik apa yang terbaik untuk membela nasib rakyat khususnya di negri Kedah ini.
Jumaat, 16 April 2010
GOBALA JUMPA HALIM ?
Dalam suasana politik yang semakin mencabar ini, pelbagai cara dan kaedah diperkenalkan bagi memastikan sokongan masyarakat , tidak mustahil parti yang berlainan dan duduk sekali untuk mencari persamaan usaha membantu rakyat.
Terbaru Ahli Parlimen Padang Serai , N.Gobalakrisnan telah menemui Encik Halim , Timbalan Ketua UMNO bahagian Padang serai untuk memastikan nasib rakyat terbela, dia sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan.
"Saya akan memberikan kerjasama kepada Halim untuk memastikan masalah rakyat Padang Serai dapat di atasi. Beliau ditemui dirumah Halim berharap dengan adanya kerjasama yang erat antara PR, UMNO dan BN akan membangunkan taraf kehidupan rakyat khususnya di Padang Serai , katanya kepada sinar.
Gobala nampaknya telah dapat mempengaruhi Encik Halim untuk kepentingan politiknya. Apakah Encik Halim , sebagai timbalan ketua umno bahagian sedar tentang implikasi dengan hubungan ini, ianya telah menunjukkan kelemahan umno padang serai . Persoalannya, mengapa Halim menjalin hubungan dengan Gobala. Mungkin ada perancangan tertentu dalam politik padang serai. Jangan sampai terjerat dengan permainan politik Gobala.
Berita mutakhir:
Maklumat yang penulis baru perolehi perkara ini telahpun disampaikan untuk tindakan Kepimpinan Negeri Kedah.
Catatan: Husin Selambau
BETUI KA
Rabu, 31 Mac 2010
KAKITANGAN MDKP KECOH
JITRA: Seramai 16 orang ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa mereka difitnah oleh seorang pegawai majlis itu melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Kedah bertujuan menjatuhkan maruah mereka.Mereka turut mendakwa surat bertarikh 11 Mac 2010 itu yang seharus menjadi rahsia telah tersebar luas kepada umum.Jurucakap kumpulan itu, Basir Ismail yang ditemui pemberita di Ibu Pejabat Daerah Kubang Pasu berkata, surat yang dihantar kepada Menteri Besar menyatakan kakitangan MDKP kecewa kerana kerajaan Kedah tidak membuat tapisan untuk melantik mereka, kononnya ada antara yang dilantik itu mempunyai rekod jenayah, bankrap dan mengganggu pentadbiran majlis.