Jumaat, 28 Mei 2010

SATU LAGI ADUN UMNO HILANG ?

Syed Sobri isu muflis sudah teburai …inilah calon yang sangat dikendaki oleh Syed Razak walaupun bermasalah pada BN.Hari ini dengan sendiri Syed sobri dengan rasa senang hati perlu angkat kaki dan kosongkan kerusi….selamat berambus dari BN…..terbukti BN akan kehilangan 2 DUN lagi kota seputih dan DUN bangrapsi ini…baca disi Apa yang GMC difahamkan isnin ini tarikh Syed Sobri kosongkan kerusi..seberapa segera...apa pun natijahnya UMNO tetap tercemar !!! “Tatkala cerita berkenaan dengan YB Datuk Syed Sobri Syed Hashim (ADUN-Kuala Nerang) diperkatakan di arena politik negeriSyed Sobri isu muflis sudah teburai …inilah calon yang sangat dikendaki oleh Syed Razak walaupun bermasalah pada BN.Hari ini dengan sendiri Syed sobri dengan rasa senang hati perlu angkat kaki dan kosongkan kerusi….selamat berambus dari BN…..terbukti BN akan kehilangan 2 DUN lagi kota seputih dan DUN bangrapsi ini…Apa yang GMC difahamkan isnin ini tarikh Syed Sobri kosongkan kerusi..seberapa segera...apa pun natijahnya UMNO tetap tercemar !!! “Tatkala cerita berkenaan dengan YB Datuk Syed Sobri Syed Hashim (ADUN-Kuala Nerang) diperkatakan di arena politik negeri Kedah Darul Aman, timbul pulak cerita lain yang mungkin membimbangkan lagi YB Kuala Nerang ini. Sebelum ini, Syed Sobri sibuk menepis beberapa tuduhan dan penghakiman mengenai status muflisnya. Syed Sobri akan dihimpit lagi dengan kes penyelewengan RM1.7 juta wang syarikat Seri Temin Development Corporation (“STDC”) yang pernah diterajuinya suatu masa dahulu.

Selasa, 25 Mei 2010

PENYOKONG PAS BUKAN ISLAM DAH MULA BUAT TUNTUTAN


Penyokong Pas bukan Islam diingat jangan terburu buat tuntutan2010/05/26

RANTAU PANJANG: Penyokong Pas bukan Islam diingatkan supaya tidak bersikap terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan terhadap parti itu walaupun mereka akan diberi hak bersuara apabila diterima menyertai gabungan atau sayap baru dalam parti itu. Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, walaupun pada prinsipnya ahli Pas bersetuju dengan kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerima bukan Islam sebagai anggota parti, mereka harus lebih berhati-hati.



Menurutnya, ia kerana perkara tersebut akan diperincikan Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Agung parti bulan depan. "Oleh itu, kita minta mereka (bukan Islam) jangan terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan sebelum ianya diperjelaskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya di sini hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw, bahawa penyokong Pas bukan Islam mahu dipercepatkan kelayakan mengundi dalam parti. Abdul Fatah juga menasihatkan ahli baru parti supaya memahami budaya Pas yang tidak mudah menerima sesuatu pandangan atas dasar mendesak. - Bernama

Khamis, 20 Mei 2010

TAKPAYAH BUBAR DUN



Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan berulang kali menyebut mengenai pembubaran DUN .Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sekiranya pembangkang (BN) mengambil alih majoriti kerusi DUN, dan suasana menjadi kecoh, barulah DUN Kedah dibubarkan. “Saya tidak pernah cakap yang saya akan bubar DUN, pihak lain yang mencanang isu ini hingga menjadi besar. Saya anggap mereka hanya suka buat cerita untuk sedapkan hati sendiri.


Sapa yang dok cakap pasai nak bubar DUN. Yang dok buat kenyataan pasai nak bubar ni kerap keluar dari mulut ustaz azizan. Sebab tu YB Radhzi kata PAS jangan salahkan PKR. Mungkin Ustaz Azizan takut dengan bayang-bayangnya.


Apapun kita kena tunggu 22 Mei untuk mendengar sendiri pengakuan 4 adun pkr dan dap. Apa akan jadi kalau lah keempat-empat adun ni "tuang" tak hadir dalam ceramah akujanji ni.


Bila isu sudah senyap, mereka buat cerita lain pula,” katanya. Azizan berkata, sekiranya wakil rakyat Bebas menyertai BN sekalipun, Kerajaan PR masih ‘selamat’ dan DUN tidak perlu dibubarkan. “Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid pun menyokong tindakan saya yang tidak seharusnya bubar DUN sebab tiada rasionalnya. Beliau sendiri kata, jika menjadi Menteri Besar pun, dia tidak akan bubar. Maknanya ada pihak lain yang suka buat kecoh,” katanya.


Kalau DS Mahhzir pun menyokong tindakan DS Azizan, habis tu sapa yang dok buat kacau?????



Rabu, 19 Mei 2010

KHTP: Exco Kedah syok sendiri

ALOR SETAR 18 Mei - Bekas Timbalan Pengerusi Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Datuk Chong Itt Chew menyifatkan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah sebagai 'syok sendiri' apabila mendakwa jumlah pelaburan di taman industri itu terus meningkat dan tiada kilang yang ditutup.
Menurutnya, kerajaan negeri perlu memberikan butiran terperinci bagi menyokong dakwaan mereka bahawa pelaburan di KHTP telah meningkat sejak pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negeri ini.
''Kerajaan negeri perlu menghebahkan nama pelabur baru itu dan jumlah pelaburan yang dibuat jika benar pelaburan di KHTP telah meningkat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Malah beliau juga mahu kerajaan negeri menjelaskan sama ada benar atau tidak Fuji Electric, antara pelabur utama di KHTP telah memindahkan operasinya ke Filipina sehingga menyebabkan 2,000 pekerja kehilangan pekerjaan.
Beliau yang pernah memegang portfolio industri berkata, jika peningkatan pelaburan itu merujuk kepada First Solar Inc., ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh pakatan pembangkang kerana syarikat itu membuat pelaburan semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Kedah.
"Semasa itu First Solar telah membuat akujanji akan menambah pelaburan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh beberapa tahun," ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap dakwaan kerajaan negeri bahawa tiada pekerja di Intel Inc. (Intel) diberhentikan ekoran penutupan unit pembangunan, pengujian dan pemasangannya di KHTP.
Penafian itu dibuat oleh Amiruddin yang juga Pengerusi Industri dan Pelaburan, Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknolgi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri semalam sambil memberitahu, Intel telah memberi jaminan tiada pekerja yang akan diberhentikan ekoran pemindahan unit itu ke Amerika Syarikat (AS).
Beliau juga mendakwa, jumlah pelaburan di KHTP juga meningkat dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.529 billion sehingga Februari lalu.
"Sehingga hari ini, tiada kilang menutup operasi mereka atau keluar daripada KHTP. Masih ada kira-kira 50 buah kilang menjalankan operasi harian mereka seperti biasa di KHTP," kata Amiruddin.
Itt Chew juga meminta Amiruddin memberitahu jumlah terkini pekerja di KHTP memandangkan taman industri itu pernah mempunyai 23,000 orang pekerja dengan separuh daripadanya adalah profesional seperti jurutera.

Isnin, 17 Mei 2010

PAS JANGAN SALAHKAN PKR

LUNAS- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohamad Radzhi Salleh berkata, jika Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah tumbang sebelum pilihan raya umum akan datang, itu hanya kebetulan dan tidak ada kaitan dengan dirinya. Mohamad Radzhi, ADUN pertama PR Kedah yang mengisytiharkan keluar parti menjadi wakil rakyat Bebas setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada September 2009.


Menurutnya, rakyat Kedah keliru dengan agenda politik dibawa oleh Kerajaan PR diterajui Pas kerana setiap parti komponennya mempunyai hala tuju berlainan dan ini akan menimbulkan pelbagai masalah jika mereka terus memerintah. “Komponen PR di Kedah mempunyai hala tuju berlainan. Ini yang menyukarkan kerajaan hendak bergerak membela rakyat. Semua ini berlaku kerana kepincangan pemimpin PR di Kedah. Pas,PKR dan DAP tidak boleh menyembunyikan masalah dalaman yang dihadapi dan saya harap orang Melayu faham. Sejak mula memerintah Kedah sehingga sekarang, Pas tidak pernah bercakap tentang hukum hudud seperti yang mereka perjuangkan ketika menjadi pembangkang dahulu. Selain itu, Kedah tidak membangun kerana tidak ada sebarang pembangunan dibuat untuk kepentingan rakyat. Sehingga kini, berapa masjid yang telah didirikan oleh kerajaan Pas di Kedah?,” katanya.
Umum mengetahui adun dan mp yang lompat parti sebenarnya telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR. Mana mungkin dua parti yang yang berlainan dapat mengurus dan mentadbir keperluan rakyat, sapa nak sediakan peruntukan, sapa nak biayai pembangunan? Yang rugi adalah rakyat yang dahagakan pembangunan...


PAS melalui wakil rakyatnya yang Menjelajah ke seluruh pelusuk daerah untuk berceramah mengenai pepincangan BN tidak membawa apa-apa hasil selain menjadi hiburan kepada masyarakat setempat.

BUBAR DUN KEDAH....sekadar gimik


Berita mengenai Bubar DUN Kedah kerapkali menghiasi dada akhbar yang memberi gambaran tentang suasana dan kepincangan parti pemerintah dalam mengurus dan mentadbir negeri kedah. Cadangan untuk memanggil 4 ADUN PKR dan DAP memberi gambaran bahawa kerajaan yang dipimpin oleh PAS tidak begitu yakin dengan ADUN-ADUN berkenaan. Mengapa ini terjadi..

Kenyataan Naib Presiden PAS bahawa masyarakat cina telah menerima negara islam dalam menentukan kemenangan calun DAP di Sibu memberi seribu macam persoalan..

Apakah kerajaan PR negeri kedah yang dipimpin oleh PAS begitu yakin dengan kenyataan yang dibuat oleh Salahuddin Ayub? Mengapa perlu memanggil ADUN-ADUN PKR dan DAP untuk memberi penjelasan kepada rakyat negeri kedah tentang kesetian adun- adun berkenaan .

Mungkin perhimpunan 22 Mei ini merupakan satu gimik untuk meraih simpati rakyat kedah apabila terdapat ura-ura adun-adun ini akan melompat parti. Kenyataan Mukhriz Mahathir yang menyatakan yang mahu mengambil alih kerajaan kedah dengan cara terhormat merupakan satu langkah bijak.



CINA TERIMA KONSEP NEGARA ISLAM?





KUALA LUMPUR 17 Mei - Kemenangan DAP pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu semalam membuktikan masyarakat Cina di negara ini tidak takut dengan konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, walaupun Barisan Nasional (BN) cuba mempengaruhi pengundi Cina di Sibu dengan isu negara Islam baru-baru ini, kemenangan tetap berpihak kepada pembangkang.
"Kemenangan (di Sibu) membuktikan orang Cina sudah tidak takut lagi dengan konsep negara Islam.

Merujuk kepada kemenangan DAP di Sibu yang majoritinya adalah pengundi cina, apakah ianya memberi apa-apa kelebihan kepada PAS. PAS tidak boleh berbangga dengan kemenangan tersebut yang mana sokongan yang diberikan kepada pembangkang sebenar lebih menjurus kepada sokongan masyarakat cina kepada DAP. PAS yang tumpang gembira sebenarnya telah dijadikan kuda tunggangan DAP dalam usaha meraih sokongan orang Melayu kepada DAP.

Dengan kemenangan tersebut , DAP telah menambah satu lagi kerusi menjadikan 29 , PAS 23 dan PKR 25. Secara amnya DAP telah menguasai MP dari PAS dan PKR. Adakah ini yang dibanggakan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Ahad, 16 Mei 2010

DAP DAH MENANG PRK SIBU




Selesai..... Parlimen Sibu milik DAP. Tahniah kepada semua petugas /pelobi untuk untuk menjayakan misi DAP untuk membangunan bersama islam. Selepas ini Lim kit Siang mungkin akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang memandangkan kedudukan kerusi DAP telah bertambah satu lagi. PAS yang banyak membantu berasa cukup selesa dengan situasi ini.


APA NAK JADI

Sekitar kempen pilihanraya Kecil P212 Sibu
Tahniah atas kejayaan anda

Jumaat, 14 Mei 2010

GOBALA GUNA TALIAN HAYAT




Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang baru saja didenda RM 3000 dimahkamah Pulau Pinang kini telah menyerahkan tugasnya kepada Encik Abdul Halim Hasan , Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai untuk menyelesaikan masalah penduduk Taman Mutiara yang mengalami voltan tinggi.


Apakah bentuk kerjasama yang cuba dijalinkan antara Gobala dan Halim, yang mempunyai kedudukan dalam parti yang bertentangan. Adakah ini satu permulaan buat Halim dan Gobala untuk memberi khidmat kepada masyarakat atau mempunyai apa-apa agenda yang tersembunyi?

Tempoh 48 jam yang diberikan Gobala kepada TNB tidak memadaikah lagi atau sekadar satu " wayang" untuk menunjukkan komitmen kepada masyarakat di Taman Mutiara, Kulim. Apakah peranan Halim untuk menyelesaikan masalah ini, sedang Ketua UMNO Bahagian telahpun berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Mengapa Halim selaku timbalannya sedia memberikan kerjasama kepada Gobala... mungkin ini sesuatu yang tersembunyi ....



Semalam ada info menyatakan ada satu perjumpaan sulit telah dibuat ......pertemuan yang mungkin merancang sesuatu. Mungkin.........atau mungkin............dan mungkin.............










PAS DAH TAK PECAYA DENGAN PKR KEDAH



Lompat:
PAS panggil ADUN PKR, DAP beri penjelasan

PAS Kedah akan memanggil tiga exco kerajaan negeri dari PKR dan seorang ADUN DAP, untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tersebar luar kononnya mereka akan melompat meninggalkan Pakatan Rakyat.

Tiga exco PKR itu S Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau, Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim). Manakala ADUN DAP itu pula ialah Lee Guan Aik. Mereka akan diminta memberi penjelasan dalam satu majlis ceramah anjuran PAS negeri - bertajuk "DUN Kedah Bubar?" - di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, jam 9 malam 22 Mei depan.Setiausaha PAS negeri, Muhamad Yusof Husin berkata mereka diminta memberi penjelasan tersebut supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka."Kita mengakui rakyat berada dalam kegelisahan dengan keadaan dan senario politik yang berlaku di negeri ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam. Baca disini

Sebenarnya PAS terpaksa menjaga hati dengan melantik 3 ADUN PKR sebagai EXCO. Begitu juga wakil tunggal DAP juga dilantik sebagai EXCO. Dengan perlantikan ini, DS Azizan berharap akan ada kerjasama yang baik dari adun-adun ini, malangnya desas-desus melompat parti kian parah dalam politik negeri kedah. Bagaimana dengan adun-adun PAS yang lain, tak kecil hati ke...










Selasa, 11 Mei 2010

BUBAR DUN KEDAH





Laporan mengenai pembubaran DUN Kedah saya akan siarkan sebelah pagi esok.Antara kandungannya ialahMB Kedah dijangka menghadap Sultan Kedah pagi esok (rabu) sebelum mesyuarat exco dan dijangka membincangkan mengenai pembubaran dun.


Misteri kehilangan dua adun Pas KedahPermainan politik cah keting sesama PasAda orang sedang dibuai mimpi kononnya dia bakal MB KedahTungguuuuuuuuuuuu Wayang kulit orang gila kuasa bakal terdedah .

JOHARI DAKWA MIC BOHONG -SAPA BOHONG SAPA




Johari dakwa MIC bohong
LUNAS - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat, Datuk Johari Abdul menyifatkan program penyerahan borang keahlian baru yang didakwa melibatkan 1,700 ahli parti itu melompat kepada MIC di Paya Besar, semalam adalah penipuan besar Barisan Nasional (BN). Menurutnya, daripada 480 yang hadir, hanya kira-kira 50 orang penduduk tempatan, Beliau mendakwa, MIC yang ketandusan penyokong sanggup melakukan apa sahaja untuk melonjakkan nama parti itu. “BN jangan buat lawak. Majlis yang diadakan di Paya Besar adalah majlis Malam Kebudayaan Bersama Rakyat. Sinar harian.






sempat juga ada orang yang mengira jumlah yang hadir seramai 480 orang, penduduk tempatan ada 50 orang saja. Memang betui kiraan tu? Dari mana angka yang dia dapat jumlah kehadiran tu? Tak kiralah berapa yang hadir , tapi yang pastinya yang keluar PKR tu memang ramai dan menyertai MIC. Ini adalah petanda masyarakat india dah bosan dengan kepimpinan PKR, tak caya cuba tanya Kuttu Raja..








Ahad, 2 Mei 2010

GOBALA BELA HALIM?



Ahli Parlimen Padang Serai , N. Gobalakrisnan beranggapan fitnah yang menyatakan Halim Hassan Timbalan Ketua UMNO Padang Serai akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya bertujuan merosakkan nama baik dan imej Halim sebagai permainan sempit yang harus diendahkan.