Sabtu, 17 April 2010

MANIKUMAR PUN KATA ADA PARASIT

Exco Kerajaan Negeri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikumar menyalahkan parasit dalam parti itu sebagai punca Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR. Menurutnya, Wei Shu tidak patut dipersalahkan kerana tindakannya adalah untuk mempertahankan diri. “Saya tahu bagaimana dia kecewa kerana saya kenal Wei Shu dari pelbagai sudut. Ada (ahli parti) yang mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya, ini yang menyebabkan dia kecewa sehingga meninggalkan parti,” kata ADUN Bukit Selambau itu. Manikumar berkata, Wei Shu sekadar mahu menunaikan janjinya kepada rakyat, namun apa yang berlaku ialah beliau terasa dirinya dianaktirikan parti sendiri. “Tindak-tanduk mereka (parasit) cuba mengaburi tindakan yang mereka lakukan,” katanya.



Apa yang dinyatakan oleh Manikumar ini, mengakui wujudnya parasit dalam PKR. Maka beliau tidak hairanlah bilamana Tan Wei Shu meninggalkan parti dan mengisytiharkan sebagai ADUN Bebas. Jadi bertepatanlah dengan tindakan YB Radhzi ADUN Lunas yang telah mendahului rakan-rakan dalam PKR. Ada 3 wakil PKR dalam pentadbiran kerajaan Negeri Kedah hari. Apakan mereka juga dianaktirikan oleh kepimpinan PKR negeri. BACA DULU



Bagaimana perkhidmatan mereka untuk memenuhi janji semasa PRU12 yang lalu. Apakah terlaksana semua janji-janji ini? Atau sekadar satu hiburan kepada pengundi-pengundi. Tempoh yang ada ini, merupakan satu pilihan kepada mereka untuk memikirkan balik apa yang terbaik untuk membela nasib rakyat khususnya di negri Kedah ini.



catatan : Mat Siber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan