Selasa, 25 Mei 2010

PENYOKONG PAS BUKAN ISLAM DAH MULA BUAT TUNTUTAN


Penyokong Pas bukan Islam diingat jangan terburu buat tuntutan2010/05/26

RANTAU PANJANG: Penyokong Pas bukan Islam diingatkan supaya tidak bersikap terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan terhadap parti itu walaupun mereka akan diberi hak bersuara apabila diterima menyertai gabungan atau sayap baru dalam parti itu. Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, walaupun pada prinsipnya ahli Pas bersetuju dengan kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerima bukan Islam sebagai anggota parti, mereka harus lebih berhati-hati.



Menurutnya, ia kerana perkara tersebut akan diperincikan Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Agung parti bulan depan. "Oleh itu, kita minta mereka (bukan Islam) jangan terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan sebelum ianya diperjelaskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya di sini hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw, bahawa penyokong Pas bukan Islam mahu dipercepatkan kelayakan mengundi dalam parti. Abdul Fatah juga menasihatkan ahli baru parti supaya memahami budaya Pas yang tidak mudah menerima sesuatu pandangan atas dasar mendesak. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan