Isnin, 17 Mei 2010

CINA TERIMA KONSEP NEGARA ISLAM?





KUALA LUMPUR 17 Mei - Kemenangan DAP pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu semalam membuktikan masyarakat Cina di negara ini tidak takut dengan konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, walaupun Barisan Nasional (BN) cuba mempengaruhi pengundi Cina di Sibu dengan isu negara Islam baru-baru ini, kemenangan tetap berpihak kepada pembangkang.
"Kemenangan (di Sibu) membuktikan orang Cina sudah tidak takut lagi dengan konsep negara Islam.

Merujuk kepada kemenangan DAP di Sibu yang majoritinya adalah pengundi cina, apakah ianya memberi apa-apa kelebihan kepada PAS. PAS tidak boleh berbangga dengan kemenangan tersebut yang mana sokongan yang diberikan kepada pembangkang sebenar lebih menjurus kepada sokongan masyarakat cina kepada DAP. PAS yang tumpang gembira sebenarnya telah dijadikan kuda tunggangan DAP dalam usaha meraih sokongan orang Melayu kepada DAP.

Dengan kemenangan tersebut , DAP telah menambah satu lagi kerusi menjadikan 29 , PAS 23 dan PKR 25. Secara amnya DAP telah menguasai MP dari PAS dan PKR. Adakah ini yang dibanggakan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan