Jumaat, 14 Mei 2010

PAS DAH TAK PECAYA DENGAN PKR KEDAH



Lompat:
PAS panggil ADUN PKR, DAP beri penjelasan

PAS Kedah akan memanggil tiga exco kerajaan negeri dari PKR dan seorang ADUN DAP, untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tersebar luar kononnya mereka akan melompat meninggalkan Pakatan Rakyat.

Tiga exco PKR itu S Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau, Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim). Manakala ADUN DAP itu pula ialah Lee Guan Aik. Mereka akan diminta memberi penjelasan dalam satu majlis ceramah anjuran PAS negeri - bertajuk "DUN Kedah Bubar?" - di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, jam 9 malam 22 Mei depan.Setiausaha PAS negeri, Muhamad Yusof Husin berkata mereka diminta memberi penjelasan tersebut supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka."Kita mengakui rakyat berada dalam kegelisahan dengan keadaan dan senario politik yang berlaku di negeri ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam. Baca disini

Sebenarnya PAS terpaksa menjaga hati dengan melantik 3 ADUN PKR sebagai EXCO. Begitu juga wakil tunggal DAP juga dilantik sebagai EXCO. Dengan perlantikan ini, DS Azizan berharap akan ada kerjasama yang baik dari adun-adun ini, malangnya desas-desus melompat parti kian parah dalam politik negeri kedah. Bagaimana dengan adun-adun PAS yang lain, tak kecil hati ke...










Tiada ulasan:

Catat Ulasan