Jumaat, 16 April 2010

GOBALA JUMPA HALIM ?



Dalam suasana politik yang semakin mencabar ini, pelbagai cara dan kaedah diperkenalkan bagi memastikan sokongan masyarakat , tidak mustahil parti yang berlainan dan duduk sekali untuk mencari persamaan usaha membantu rakyat.



Terbaru Ahli Parlimen Padang Serai , N.Gobalakrisnan telah menemui Encik Halim , Timbalan Ketua UMNO bahagian Padang serai untuk memastikan nasib rakyat terbela, dia sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan.


"Saya akan memberikan kerjasama kepada Halim untuk memastikan masalah rakyat Padang Serai dapat di atasi. Beliau ditemui dirumah Halim berharap dengan adanya kerjasama yang erat antara PR, UMNO dan BN akan membangunkan taraf kehidupan rakyat khususnya di Padang Serai , katanya kepada sinar.

Gobala nampaknya telah dapat mempengaruhi Encik Halim untuk kepentingan politiknya. Apakah Encik Halim , sebagai timbalan ketua umno bahagian sedar tentang implikasi dengan hubungan ini, ianya telah menunjukkan kelemahan umno padang serai . Persoalannya, mengapa Halim menjalin hubungan dengan Gobala. Mungkin ada perancangan tertentu dalam politik padang serai. Jangan sampai terjerat dengan permainan politik Gobala.

Berita mutakhir:

Maklumat yang penulis baru perolehi perkara ini telahpun disampaikan untuk tindakan Kepimpinan Negeri Kedah.

Catatan: Husin Selambau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan