Salam sejahtera, salam satu malaysia, rakyat didahulukan, pencapaikan diutamakan. Agak lama tak menulis dalam blog ini kerana sibuk dan banyak tugas yang perlu diselesaikan. Nak tumpu kerja-kerja menulis, maklum saja la... kena juga cari nak sara anak-anak kat rumah. La nak kata sibuk sangat tu tak la tapi bila kepala dok serabut, tak benda yang nak tulis...
Tiba-tiba timbul banyak isu di kawasan Padang Serai.Ada dua DUN , Lunas dan Merbau Pulas.. Dulu bila sebut Lunas , orang akan teringat samsu haram yang mengorban ramai orang, pasai penadol palsu pun kat lunas juga..
Tapi kali ini lunas agak berbeza ceritanya, YB Lunas dah pun isytihar keluar PKR jadi YB Bebas. Bebas sungguh YB ni , tak tau pi mana.. Bebas ke sana-kesini cuma yang tak jumpa hanya pengundi..Rakyat Lunas tercari-carimana YB YB Gobala yang jadi hero PKR bersama PAS Padang Serai berdemo mendesak YB Radhzi letak jawatan, pun dah keluar PKR. Sapa pun kalau jadi YB tak mau letak jawatan, jangan dok asak lah, gerenti tak letak punya.. YB Gobala pun pening kepala ,tak tau pasai apa juga cabut tinggal PKR jadi MP Bebas.. AMK PKR pun apa lagi berdemo sakan desak YB Gobala letak jawatan, macam dok kata , sapa mau letak , elaun dapat kerja tak ada.. kah..kah..kah , pinjam kata-kata GMC.
Lunas bebas, Padang Serai pun bebas. PKR dah tak ada hero untuk berdemo..Yang ada YB Merbau Pulas..bertuah YB ni dapat jaga DUN Merbau pulas dan DUN Lunas....Cuma la ni dengan kata riuh sikit pasai kepimpinan di bahagian Padang Serai, .......macam-macam cerita ada disini.....1 Malaysia dah tau