Selasa, 8 Mac 2011

PELUANG BN TAKLUK KEDAH


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanapiah berkata melihat kepada rekod BN dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang diadakan sebelum ini termasuk di DUN Merlimau dan DUN Kerdau, tidak mustahil untuk BN menakluk kembali negeri yang terlepas kepada Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 12 yang lalu.
Itulah kata-kata semangat yang disuarakan danbeliau penuh yakin dapat merampas kembali dari pakatan rakyat khususnya di negeri kedah. Persoalannya , mampukah UMNO BN merealisasikan im[pian murni ini. Apakah persediaan yang dibuat dikawasan-kawasan untuk memastikan kejayaan ini. Apakah program yang boleh menarik minat golongan yang dulunya menyokong pembangkang. Apakah kayu pengukur dalam menilai sokongan terhadap BN UMNO. Bagaimana pula dengan pimpinan bahagian / cawangan bagi menghadapi PRU ini.
Semua ini terletak kepada kebijaksanaan para pemimpin untuk menggegarkan bumi kedah yang tercinta ini dengan program-program yang dapat mengembalikan sokongan kepada BN UMNO.

1 ulasan:

  1. Jangan terlalu taksub, jangan terlalu yakin hanya menang sedikit dalam siri PRK baru-baru ini, UMNO kedah dah merasa selesa serta gahirah yakin boleh menang untuk tawan kedah dalam PRU ke-13. Apakah ini pendapat peribadi tok basah, ataupun mimpi syok sendiri. Ketahuilah tok basah...senario, suasana dan landskap politik di beberapa lokasi PRK yang di menangi calon UMNO tidak sama dengan perkembangan politik kedah. PRK seperti fanfare menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat yang berbagai label serta peingkat berbeza dengan PRU yang mana masing-masing dengan tugas dan peranan masing-masing seumpama berada di padang mahsyar kelak. Apakah UMNO Kedah dari Cawangan, Bhg, peringkat PW,PP dan P3 benar-benar mantab dan bersedia menang dalam PRU akan datang. Ataupun ini hanya dato seorang sahaja yang bersedia..mantab.....pastikan ianya benar-benar bersedia...secara nyata dan bukannya secara maya....kemudian buat kenyataan...barulah best....Yang kata bersedia tu bagaimana dengan kes Ketua Bhg Pdg Serai...bagaimana dengan Bhg Merbok...Bhg Sg Petani...selesaikah..ataukah selesai atas kertas tapi dalam mangkok masih berkocak...bagaimana dengan sikap warlord terhadap Naib Pengerusi BPUK Tok Mukhriz yang mana rata-rata sebahagian besar Ketua Bhg tidak boleh terimanya ketika berada di bekalang. Di depan lain ceritanya, puji tinggi melangit....bimbang umno akan terus kecundang dalam PRU akan datang kerana masih wujud pembohongan fakta kekuatan, kebolehupayaan umno kedah menang dalam pru akan datang yang dilaporakan kepada Presiden UMNO....

    BalasPadam