Isnin, 14 Mac 2011

BN PERLU JAGA AKHLAK

Jangan pertikai calon dipilih kepimpinan untuk PRU 13. Demikian kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau berkata , dalam tempoh tiga tahun Pakatan Pembangkang memerintah Kedah, Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan banyakkrisis berlaku terutama kepimpinan PKR.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Kedah berkata UMNO negeri menggunakan strategi berbeza dari negeri lain bagi menghadapi PRU 13.

Apa yang diperkatakan itu memang betul, cuma adakah ini hanya satu perancangan untuk menyusun strategi untuk menawan Kedah. Hampir 3 tahun telah berlalu tanpa banyak perubahan yang dilakukan..Kerajaan PAS baru saja menyambut 3 tahun Kedah Sejahtera.. Apakah perancangan yang dibuat yang belum ditunjukkan kepada rakyat . Dalam soal pemilihan calon... masih banyak masalah kepimpinan dibeberapa bahagian...Rakyat penuh yakin dengan segala perancangan tetapi janganlah ianya hanya tinggal perancangan ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan