Khamis, 20 Mei 2010

TAKPAYAH BUBAR DUN



Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan berulang kali menyebut mengenai pembubaran DUN .Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sekiranya pembangkang (BN) mengambil alih majoriti kerusi DUN, dan suasana menjadi kecoh, barulah DUN Kedah dibubarkan. “Saya tidak pernah cakap yang saya akan bubar DUN, pihak lain yang mencanang isu ini hingga menjadi besar. Saya anggap mereka hanya suka buat cerita untuk sedapkan hati sendiri.


Sapa yang dok cakap pasai nak bubar DUN. Yang dok buat kenyataan pasai nak bubar ni kerap keluar dari mulut ustaz azizan. Sebab tu YB Radhzi kata PAS jangan salahkan PKR. Mungkin Ustaz Azizan takut dengan bayang-bayangnya.


Apapun kita kena tunggu 22 Mei untuk mendengar sendiri pengakuan 4 adun pkr dan dap. Apa akan jadi kalau lah keempat-empat adun ni "tuang" tak hadir dalam ceramah akujanji ni.


Bila isu sudah senyap, mereka buat cerita lain pula,” katanya. Azizan berkata, sekiranya wakil rakyat Bebas menyertai BN sekalipun, Kerajaan PR masih ‘selamat’ dan DUN tidak perlu dibubarkan. “Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid pun menyokong tindakan saya yang tidak seharusnya bubar DUN sebab tiada rasionalnya. Beliau sendiri kata, jika menjadi Menteri Besar pun, dia tidak akan bubar. Maknanya ada pihak lain yang suka buat kecoh,” katanya.


Kalau DS Mahhzir pun menyokong tindakan DS Azizan, habis tu sapa yang dok buat kacau?????



Tiada ulasan:

Catat Ulasan