LUNAS- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohamad Radzhi Salleh berkata, jika Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah tumbang sebelum pilihan raya umum akan datang, itu hanya kebetulan dan tidak ada kaitan dengan dirinya. Mohamad Radzhi, ADUN pertama PR Kedah yang mengisytiharkan keluar parti menjadi wakil rakyat Bebas setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada September 2009.
Menurutnya, rakyat Kedah keliru dengan agenda politik dibawa oleh Kerajaan PR diterajui Pas kerana setiap parti komponennya mempunyai hala tuju berlainan dan ini akan menimbulkan pelbagai masalah jika mereka terus memerintah. “Komponen PR di Kedah mempunyai hala tuju berlainan. Ini yang menyukarkan kerajaan hendak bergerak membela rakyat. Semua ini berlaku kerana kepincangan pemimpin PR di Kedah. Pas,PKR dan DAP tidak boleh menyembunyikan masalah dalaman yang dihadapi dan saya harap orang Melayu faham. Sejak mula memerintah Kedah sehingga sekarang, Pas tidak pernah bercakap tentang hukum hudud seperti yang mereka perjuangkan ketika menjadi pembangkang dahulu. Selain itu, Kedah tidak membangun kerana tidak ada sebarang pembangunan dibuat untuk kepentingan rakyat. Sehingga kini, berapa masjid yang telah didirikan oleh kerajaan Pas di Kedah?,” katanya.
Umum mengetahui adun dan mp yang lompat parti sebenarnya telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR. Mana mungkin dua parti yang yang berlainan dapat mengurus dan mentadbir keperluan rakyat, sapa nak sediakan peruntukan, sapa nak biayai pembangunan? Yang rugi adalah rakyat yang dahagakan pembangunan...
PAS melalui wakil rakyatnya yang Menjelajah ke seluruh pelusuk daerah untuk berceramah mengenai pepincangan BN tidak membawa apa-apa hasil selain menjadi hiburan kepada masyarakat setempat.
PAS ITU MANAFIK..MUNAFIK ITU PAS
BalasPadam