Isnin, 17 Mei 2010

BUBAR DUN KEDAH....sekadar gimik


Berita mengenai Bubar DUN Kedah kerapkali menghiasi dada akhbar yang memberi gambaran tentang suasana dan kepincangan parti pemerintah dalam mengurus dan mentadbir negeri kedah. Cadangan untuk memanggil 4 ADUN PKR dan DAP memberi gambaran bahawa kerajaan yang dipimpin oleh PAS tidak begitu yakin dengan ADUN-ADUN berkenaan. Mengapa ini terjadi..

Kenyataan Naib Presiden PAS bahawa masyarakat cina telah menerima negara islam dalam menentukan kemenangan calun DAP di Sibu memberi seribu macam persoalan..

Apakah kerajaan PR negeri kedah yang dipimpin oleh PAS begitu yakin dengan kenyataan yang dibuat oleh Salahuddin Ayub? Mengapa perlu memanggil ADUN-ADUN PKR dan DAP untuk memberi penjelasan kepada rakyat negeri kedah tentang kesetian adun- adun berkenaan .

Mungkin perhimpunan 22 Mei ini merupakan satu gimik untuk meraih simpati rakyat kedah apabila terdapat ura-ura adun-adun ini akan melompat parti. Kenyataan Mukhriz Mahathir yang menyatakan yang mahu mengambil alih kerajaan kedah dengan cara terhormat merupakan satu langkah bijak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan