Isnin, 26 April 2010
MENGAPA TERJADI
Isnin, 19 April 2010
AZIZAN - BUBAR DUN JIKA RAMAI ADUN KELUAR PARTI

Ahad, 18 April 2010
GAH-PRESIDEN PKR RASMI PUSAT KHIDMAT KULIM




Presiden datang dari jauh semata-mata untuk merasmikan Pusat Khidmat Wanita PKR Kulim-Bandar Baru. Antara yang hadir, termasuk wakil YB Ustazah Aisyah, EXCO Negeri Kedah mewakili PAS.
Di mana pula YB Tan Chow Kang yang baru dilantik sebagai EXCO. YB Manikumar, yang juga wakil PKR untuk bersama dengan Presiden parti.
Dan yang menyedihkan lagi tak berapa kerat penyokong PKR yang hadir, bagi menyambut Presiden parti yang mungkin nampak gembira atas sokongan para penyokong-penyokongnya MESTI BACA
Catatan : Anak Kulim
Sabtu, 17 April 2010
MANIKUMAR PUN KATA ADA PARASIT
Exco Kerajaan Negeri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikumar menyalahkan parasit dalam parti itu sebagai punca Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR. Menurutnya, Wei Shu tidak patut dipersalahkan kerana tindakannya adalah untuk mempertahankan diri. “Saya tahu bagaimana dia kecewa kerana saya kenal Wei Shu dari pelbagai sudut. Ada (ahli parti) yang mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya, ini yang menyebabkan dia kecewa sehingga meninggalkan parti,” kata ADUN Bukit Selambau itu. Manikumar berkata, Wei Shu sekadar mahu menunaikan janjinya kepada rakyat, namun apa yang berlaku ialah beliau terasa dirinya dianaktirikan parti sendiri. “Tindak-tanduk mereka (parasit) cuba mengaburi tindakan yang mereka lakukan,” katanya.
Apa yang dinyatakan oleh Manikumar ini, mengakui wujudnya parasit dalam PKR. Maka beliau tidak hairanlah bilamana Tan Wei Shu meninggalkan parti dan mengisytiharkan sebagai ADUN Bebas. Jadi bertepatanlah dengan tindakan YB Radhzi ADUN Lunas yang telah mendahului rakan-rakan dalam PKR. Ada 3 wakil PKR dalam pentadbiran kerajaan Negeri Kedah hari. Apakan mereka juga dianaktirikan oleh kepimpinan PKR negeri. BACA DULU
Bagaimana perkhidmatan mereka untuk memenuhi janji semasa PRU12 yang lalu. Apakah terlaksana semua janji-janji ini? Atau sekadar satu hiburan kepada pengundi-pengundi. Tempoh yang ada ini, merupakan satu pilihan kepada mereka untuk memikirkan balik apa yang terbaik untuk membela nasib rakyat khususnya di negri Kedah ini.
Jumaat, 16 April 2010
GOBALA JUMPA HALIM ?

Dalam suasana politik yang semakin mencabar ini, pelbagai cara dan kaedah diperkenalkan bagi memastikan sokongan masyarakat , tidak mustahil parti yang berlainan dan duduk sekali untuk mencari persamaan usaha membantu rakyat.
Terbaru Ahli Parlimen Padang Serai , N.Gobalakrisnan telah menemui Encik Halim , Timbalan Ketua UMNO bahagian Padang serai untuk memastikan nasib rakyat terbela, dia sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan.
"Saya akan memberikan kerjasama kepada Halim untuk memastikan masalah rakyat Padang Serai dapat di atasi. Beliau ditemui dirumah Halim berharap dengan adanya kerjasama yang erat antara PR, UMNO dan BN akan membangunkan taraf kehidupan rakyat khususnya di Padang Serai , katanya kepada sinar.
Gobala nampaknya telah dapat mempengaruhi Encik Halim untuk kepentingan politiknya. Apakah Encik Halim , sebagai timbalan ketua umno bahagian sedar tentang implikasi dengan hubungan ini, ianya telah menunjukkan kelemahan umno padang serai . Persoalannya, mengapa Halim menjalin hubungan dengan Gobala. Mungkin ada perancangan tertentu dalam politik padang serai. Jangan sampai terjerat dengan permainan politik Gobala.
Berita mutakhir:
Maklumat yang penulis baru perolehi perkara ini telahpun disampaikan untuk tindakan Kepimpinan Negeri Kedah.
Catatan: Husin Selambau
BETUI KA

